Zbody






cikin
Lokasi: Tingkat 5 @ 21, Tepi Pantai
Pekerjaan: Penyelamat Talian



user(s) online
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30





rss feed


Wednesday, February 18, 2009
... Cerita Sakit ...

Semalam MC pertamaku untuk taun 2009. Sebab aku sakit.. errr sakit tengkuk dan belakang. Sakit dari pagi Isnin lagi. Tapi aku gagahkan jugak pegi ofis sebab ada banyak keje nak kena settle. Sudahnye seharian kepala aku tegak macam robot. Lenguh weih.

Ada ke ofismet aku kata aku sakit tengkuk sebab jatuh katil. Hampeh. Ekceli bangun subuh pukul 6.45 tu ok je. Lepas solat sambung tido jap 20minit, pastu bangun je terus sakit. Nak mintak orang urutkan tapi tak berani ah. Kang salah urut makin teruk pulak.

Pagi semalam memang dah tak bleh tahan. Makin tegang rasa leher aku. Pegi klinik doctor kata salah urat. Dia bagi option nak inject ke nak amik ubat. Aku cepat² jawab, nak amik ubat. hahaha. Taknak lah inject, nanti sure lenguh tangan berhari². Pastu aku ade try gak petua² yang orang bagi; jemur bantal, tepuk² bantal sambil selawat dengan tepuk bantal kat tempat yg sakit tu sambil baca selawat. Alhamdulillah pagi ni dah rasa ok sket.

...

Semalam masa kat klinik, orang 1CU call aku. Katanye polis carik aku sebab surat tapisan keselamatan aku dah keluar. Mende ntah diorang ni. Aku dah setaun lebih resign tetiba surat tapisan keselamatan aku boleh keluar. Nampak sangatla orang² HR tu tak alert.

'Blablabla..'
'Awak berenti aritu ade bagi surat?'
'Ade.'
'Ingat tak tarikh surat tu?'
'Saya tak ingat tarikh tapi dalam bulan Oct-Nov 2007'
'November? baru lagi.. takkan tak ingat kot bila?'
'November 2007 kak bukan 2008. Dah setaun lebih dah.'
'Owh. ade simpan salinan? Biasa kena buat salinan kan?'
'Saya tak ingat la kak. Kalau ade salinan pun saya dah tak ingat letak kat mane. Tapi saya resign memang ade anta surat kat HR. Bukan lari macam tu je'
'Masalahnye polis dah marah. Sebab surat tapisan keselamatan awak dah keluar'
'Itu saya tak tahu. Tapi saya memang ade bagi surat resign'
'blablablabla....'

'Ok camni lah. boleh tak kalau saya bagi no telefon awak pada polis? Sebab polis carik awak dgn 2 orang lagi kawan awak'
'Erm.. bolehlah.'
'Pastu tolong bagitau kawan awak, Shar1fah tu sekali. Blablablabla...'

Petang aku call orang tu balik.
'Saya dah carik resign letter saya tapi tak jumpa. Saya rasa surat saya tarikh Oktober 2007. Tapi tarikh sebenar saya tak ingat.'
'Susah la macam ni. Sebab surat awak tu saya tak jumpa'
'Seingat saya, saya ada buat 3 surat. Untuk HR, Pn M dengan Pn R'
'Kalau macam tu boleh tak awak call clerk Pn R. Maybe dia ade simpan surat awak. Kalau saya yang tanya sendiri maybe dia susah nak faham. Better awak call sendiri. Lagipun ade ramai lagi yang saya kena uruskan. Orang keselamatan dah bising marah² pasal awak dengan kawan awak ni'

Eiii..ntah ape² je. Ade ke main suruh aku call kawan aku dengan clerk tu. Pemalas. Kalau malas keje, duduk rumah jaga anak je la kak. Ekceli kena panggil polis ni normal routine untuk g0verment servant. Tapi aku dah 15 bulan resign so tak sepatutnya aku kena panggil lagi. Lain la kalau aku ade buat jenayah ke. Malas dah  aku nak amik tau lagi. Kalau polis call, aku bagitau je benda yang betul. Suruh tangkap orang HR yang careless dan pemalas tu. hahahaha.




Posted at Wednesday, February 18, 2009 by cikin
(9) dah komen  

Tuesday, February 17, 2009
... Menghitung Hari ...

Tajuk entry ni macam tajuk lagu je kan? heheh. Dah 2 minggu aku menghitung hari bahagiaku. Bukan hari kawen tapi hari gaji yang ada 9 hari lagi.

Rupanye bukan aku sorang je yang mengalami krisis kewangan bulan ini. Ada 2-3 orang lagi yang senasib denganku lepas baca entry diorang semalam. Bulan lepas company aku bayar gaji awal, 16hb sempena CNY. Then bulan ni 26hb baru gaji lagi. Sebulan setengah dengan gaji nan seciput itu memang agak memeritkan.

Owh cepatlah 26hb...

...

Sempurna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna..
sempurna.. sempurna..

Happy Anniversary!



Posted at Tuesday, February 17, 2009 by cikin
(7) dah komen  

Thursday, February 12, 2009
... Cerita Bergambar ...

Lamanye la aku tak update. Banyak cerita tapi dok fikir, nak citer ke tak, citer ke tak, sudahnya tak update langsung. Ni pun nak letak gambar je la kot.

Cuti raya cina lepas aku gi attend kenduri kawen
En Saad kat Sungai Petani. Makan nasik minyak dengan lauk-pauk yang sangat best. Meriah sekali aku makan dengan hati yang gumbira. hahaha. Sebab tu la aku taknak makan sekali dengan ko Saad. Nanti aku malu nak amik lauk banyak² depan pengantin. hahaha.


Saad & wife

31/1 aritu pegi wedding sorang member forum, Affad kat Ampang. Pegi dengan Cik Hasta. Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat kitorang nak makan nasik minyak. ekekek.


 Pengantin tengah potong kek.

Last weekend balik kampung tumpang kakak no3. Best melayan anak² buah. The latest story, anak buah aku, Nadia yang umo 2 taun lebih tu suka tengok citer hantu. Dalam keta dok ulang² tengok citer Jangan Pandang Belakang. Berani tul dak kecik tu. Kalau kakak dia, Jiha takut, mesti dia cakap. 'Itu orang la kakak. Bukan hantu'. wahahaha. Auntie dia pun penakut gak sebenarnye. Tapi bila dah ulang² tengok JPB tu, dah jadi tak takut plak.

Kat kampung si kecik ni asik mengikut aku ke hulu ke hilir. Pastu aku amik gambar dia. Dia buat muka macam ni.


Fes snap


Second snap

Bila aku tanya nape dia tutup mata? Dia kata sebab dia nak senyum. Kalau tak senyum baru la tak tutup mata. hahahha. Pastu aku suruh dia tak payah senyum.


Third snap
Pandai kan si kecik ni berlakon? Macam auntie dia jugak. hahahha.




Posted at Thursday, February 12, 2009 by cikin
(7) dah komen  

Thursday, January 29, 2009
... Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Tag Pun Kena Bayar Jugak ...

Aku dalam usaha nak create blog baru. Tension la dengan bl0gdrive ni. Asik sengal je. Tak boleh comment la, under maintenance la, mencik! Lagipun aku rasa blog ni ntah ape² je. Kadang tu malu nak ngaku blog sendiri. huhuhu. Sebelum aku pindah blog baru, aku nak lunaskan hutang² tag yang ada. Dalam draft ada 3 je. Tapi tatau la kalau ada lagi yang aku tak prasan. huhuhu. Kira halal je la eh.

Setahun yang lalu aku telah ditag oleh Pn Audriena a.k.a Dods dengan tag seperti di bawah:

1. Do you think you are hot?
Nope. Sejuk giler ni. Kat luar tengah hujan. Siap berbaju long sleeve lagik.


2. Upload your favorite picture.




3. Why do u like this picture?
Gambar itu mencerminkan ciri² penyayang, kelembutan dan keibuanku. wahahhaha.
Tak delah. Aku suka gambar ni sebab dalam gambar ni aku, najiha & nadia serba pink-purple. Sweeeettt je rasa.  Sama dengan font kaler ni kan? kan? heheh.


4. When was the last time you ate pizza?
Last week. My vendor (she also my fren) ajak makan pizza yang dia order. X-tra large NY Crust Domin0's Pizza. phewww..


5. The last song u listen to?
Fall for you - Secondhand Serenade. <-- ringtone hp.


6. What are you doing right now beside this?
'Dengar' American Id0l Seasons 8 kat tv.


7. What name you prefer besides yours?
Angelina Jolie. hahahaha.


8. People i tag.
1. En Penoreh Getah
2. En BlackPurple
3. Sis Sastri
4. Cik Emy
5. En Saad


9. Who is #1
Jejaka dari Kluang dan bekerja sebagai penjaga jalur katanya. Tak pasti pulak jalur lebar ke jalur gemilang ke Jalur Gaza.


10. Who is # 2?
Jejaka jawa pemalu yang berasal dari Muar yang suka menyembunyikan wajah di sebalik tapak tangannya.


11. #3 is having a relationship with?
Of kos dengan boifren dia. Takkan dengan mak sedara dia plak. huhuhu.


12. How about #4.
Ape yang aku perasan, Emy ni ada kesamaan sikit dengan aku. Tak pernah jumpa tapi kalau YM macam kawan skolah je gayanye. huhuhu.


13. Say sumthin' about #5
Pengantin baru nih. Bau wangi nasik minyak dia pun masih lekat kat tangan aku. Keenakan gulai daging, masak lemak ikan kering, kurma daging dan etc masih terasa² je lagi. Selamat pengantin baru Saad!


OK. Siap!
Dua tag lagi insyaAllah akan menyusul kemudian.




Posted at Thursday, January 29, 2009 by cikin
(6) dah komen  

Sunday, January 18, 2009
... Sopaz So Bad ...

2008
Tak tengok AJL sebab tak ada tv.
Cuma mampu beli tempat letak tv je.
Rugi rasa tak dapat tengok Mawi perform.
Isk.


2009
Tengok AJL tanpa perasaan.
Fes artis yang perform, Sopaz.
Uh, cannot go la dengan Sopaz ni.
Camni tak tengok AJL pun tak pe.
Cet.





Posted at Sunday, January 18, 2009 by cikin
(10) dah komen  

Previous Page Next Page